Konsert minggu kedua dan ketiga program realiti TV Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) dilaporkan akan tetap diteruskan meskipun berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dilaksanakan pada hari Rabu lalu sehingga 27 Oktober ini.
Walau bagaimanpun, konsert minggu kedua dan ketiga itu akan berlangsung tanpa kehadiran penonton, kata Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal.
Ini berikutan perlaksanaan PKPB yang mewajibkan segala majlis ataupun acara yang diadakan perlu mematuhi garis panduan serta syarat SOP yang dibenarkan pihak berkuasa.
Menurut Emarina lagi, hanya krew produksi dan tenaga kerja yang berdaftar saja yang dibenarkan berada di lokasi untuk mengawal jumlah bilangan kehadiran pada satu-satu masa.
“Sebarang perubahan mengenai penganjuran untuk konsert minggu keempat dan seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa, tertakluk kepada perkembangan situasi semasa wabak COVID-19 serta kelonggaran yang diberikan oleh pihak berkuasa, sekiranya ada,”
Konsert mingguan program tersebut difahamkan akan bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Untuk musim kali ini, GV7 menampilkan artis seperti Noraniza Idris, Haslinda, Yantzen, Nomad, Aju, Oja, Mus May, Clif Umar, Ashira, Rozita Izlyn, Ayu Damit, Nanuwil serta kumpulan Indigo dan Eva.
Sumber : mStar Online