Meskipun Hanya Untuk Penggambaran, Haneesya Hanee Terima Pujian Peminat Kerana Tampil Manis Berhijab

Hiburan

Meskipun Hanya Untuk Penggambaran, Haneesya Hanee Terima Pujian Peminat Kerana Tampil Manis Berhijab

Tampil manis berhijab, pelakon Haneesya Hani berasa terharu kerana menerima pujian positif daripada netizen, meskipun bertudung hanya untuk tujuan penggambaran.

Mengakui dirinya sering saja menerima komen negatif setiap kali memuat naik foto di media sosial miliknya, pemilik nama Sharifah Haneesya Sayed Sahlan,20, berkata dirinya gembira kerana ruangan komen gambar itu dipenuhi dengan kata-kata positif daripada netizen.

Advertisement

“Walaupun imej saya berhijab ini untuk penggambaran tetapi apa yang boleh saya katakan, komen-komen mereka ini sedikit sebanyak membuka pintu hati saya untuk berhijab. Saya sangat gembira baca komen-komen yang positif dari netizen dan dapat lihat perbezaan berbanding dulu..”

Dia dalam pada itu mendedahkan sudah lama mempunyai niat untuk berhijab namun sedang mencari masa yang sesuai untuk bertudung sepenuhnya.

Model berkulit hitam manis ini sebelum ini pernah dilanda beberapa kontroversi panas pada awal tahun lalu namun kini mengambil sikap positif untuk memaafkan diri sendiri dan mempunyai semangat baru.

Perkembangan terkini, Haneesya kini sudah mula aktif kembali dalam bidang peragaan dan turut mempunyai bisnes produk penjagaan rambut miliknya sendiri.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...