Memiliki produk kesihatan dan kecantikan di bawah jenama TruDolly, Nur Fazura yang kini sarat mengandung masih tetap sempat melancarkan produk terbarunya, TruDolly Gummies bersama rakan perniagaannya, Puteri Intan Zarith.
Setelah hampir tiga tahun berhempas pulas, mereka berdua turut bekerjasama dengan Universal Music Malaysia dari segi pemasaran untuk produk terbaru ini.
Didatangkan dalam dua perisa iaitu Lemon Flush dan Strawberry Glow, Nur Fazura juga mengakui dia turut mengambil produk keluaran terbarunya ini.
View this post on InstagramTeam lemon flush for TruDolly Reborn gathering today. ? @trudolly_hq #TruDollyReborn
“Saya ambil TruDolly Gummies setiap hari. Rasanya juga sedap dan mudah dimakan pada waktu pagi. Lepas tu saya akan minum air dua tiga liter sepanjang hari. Banyak faedahnya seperti mengurangkan masalah jerawat dan membantu buang toksin dalam badan. Selain itu, ianya turut dapat memberikan tenaga dan stamina,”
Dia yang ditemui ketika majlis pelancaran produk tersebut tampil cantik berseri dalam persalinan bewarna kuning rekaan Rizman Ruzaini.
Dalam pada itu, Fazura turut memberitahu bahawa dia akan mula mengambil cuti rehat untuk menumpukan sepenuh perhatian pada dirinya yang sedang berdebar menanti kelahiran anak sulung bersama Fattah Amin. Dia dijangka akan melahirkan cahaya mata pertama itu pada bulan Oktober ini.
Sumber : Astro Gempak