Meski Ralat Wang Tidak Dipulangkan, Che Ta Syukur ‘Scammer’ Pakej Percutian Telah Ditangkap Pihak Berkuasa

Hiburan

Meski Ralat Wang Tidak Dipulangkan, Che Ta Syukur ‘Scammer’ Pakej Percutian Telah Ditangkap Pihak Berkuasa

Meskipun berasa terkilan kerana sejumlah wang yang dilaburkan untuk pakej percutian mewah tidak dipulangkan, pelakon Che Ta mengakui dirinya bersyukur kerana pasangan suami isteri yang bertindak memperdaya orang ramai dengan menawarkan pakej penginapan hotel itu telah ditahan pihak berkuasa baru-baru ini.

Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta itu menganggap penangkapan kedua-dua individu tersebut sebagai satu balasan atas perbuatan jahat yang pernah dilakukan.

Advertisement

Menurutnya lagi, bukan sahaja dia berasa lega tetapi ramai lagi mangsa penipuan sindiket berkenaan bersyukur dengan berita itu.

“Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga! Ini adalah pengalaman pertama saya kena tipu macam ni. Walaupun saya ralat sebab duit tak dapat bali, tapi sekurang-kurangnya mereka dah terima habuan atas perbuatan jijik mereka itu,”

Dalam pada itu, Che Ta berkata dia masih meneruskan percutian mereka yang seperti sudah dirancang bersama keluarga dan sahabat handai yang lain pada 26 September yang lalu.

View this post on Instagram

@ammareffendy s birthday celebration.. ? @ammareffendy @aniqezra @zainsaidin23 @aaisyahdhiarana111

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Sekadar info, suspek pasangan suami isteri yang didakwa telah mengambil kesempatan dengan menawarkan promosi pakej penginapan bilik hotel mewah atas nama menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan bagi menentang COVID-19 telah ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...