Meski Dah 50 Tahun, Ujian Kesihatan Batin Kim Jongkook Memuaskan – “Jumlah Sperma Lebih 216 Juta”

Korea

Meski Dah 50 Tahun, Ujian Kesihatan Batin Kim Jongkook Memuaskan – “Jumlah Sperma Lebih 216 Juta”

Penyanyi dan bintang ‘Running Man’, Kim Jong-kook yang baru-baru ini mengumumkan bakal berkahwin, rupa-rupanya pernah menjalani ujian kiraan sperma dalam rancangan YouTube miliknya. Episod tersebut kembali menjadi tumpuan apabila ia memperlihatkan penyanyi berusia 48 tahun itu memastikan dirinya masih berpeluang menimang cahaya mata.

Dalam rakaman itu, Kim Jong-kook mengakui tidak mahu menunggu terlalu lama untuk berkeluarga. Ditanya rakan artis Shorry J sama ada mahu bergantung pada rawatan moden, beliau menegaskan lebih mengutamakan kaedah semula jadi kerana mahu memudahkan bakal isterinya.

Advertisement

Keputusannya mengejutkan apabila ujian mendapati jumlah spermanya melebihi 216 juta, jauh lebih tinggi daripada purata lelaki seusianya. Walaupun pergerakan spermanya rendah, doktor tetap memberi jaminan ia tidak menjadi penghalang untuk mendapat anak.

Tidak lama selepas episod itu tular, Jong-kook menulis surat tangan mengesahkan berita perkahwinannya, sekali gus menjelaskan ujian tersebut sebenarnya sebahagian daripada persediaannya untuk menjadi suami terbaik.

yoon eunhye kim jongkook
2025-08-20 13:55:10

Pernah Dikaitkan Bercinta, Selebriti Wanita Ini Beri Respon Berita Perkahwinan Kim Jongkook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TV Report

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...