Meski Cecah 60 Tahun, Salman Khan Akui Masih Berharap Akan Berkahwin – “Mahu Miliki Anak”

Dunia

Meski Cecah 60 Tahun, Salman Khan Akui Masih Berharap Akan Berkahwin – “Mahu Miliki Anak”

Bintang Bollywood, Salman Khan yang kini berusia 59 tahun masih menjadi perhatian peminat apabila soal jodohnya sering diajukan. Sepanjang tiga dekad dalam industri, aktor popular itu tidak terlepas ditanya bila dia akan menamatkan zaman bujang.

Dalam program temu bual ‘Aap Ki Adalat’, Salman akhirnya memberi penjelasan. Katanya, perkahwinan bukan perkara mudah kerana ia bergantung kepada ketentuan Tuhan dan persetujuan kedua-dua pihak.

Advertisement

Kadang-kadang saya kata ya, tapi Tuhan kata tidak. Ada masa Dia kata ya, tapi saya pula terpaksa menolak. Perkahwinan hanya berlaku bila kedua-dua pihak sama-sama kata ya.

Walaupun begitu, Salman mengakui masih menyimpan harapan untuk berkahwin sebelum usianya mencecah 60 tahun. “Saya mahu perkahwinan pertama dan terakhir saya berlaku sebelum itu,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Salman Khan (@beingsalmankhan)

Pelakon ini juga jujur mendedahkan dia pernah bercinta dengan beberapa aktres ternama Bollywood termasuk Aishwarya Rai, Katrina Kaif dan Somy Ali, namun hubungan itu tidak bertahan lama. Katanya,

Kadang-kadang saya tertanya apa silap saya, mungkin ada rasa takut saya tak mampu bahagiakan mereka.

Meskipun masih bujang, Salman berkata dia sangat sukakan kanak-kanak dan berharap suatu hari nanti dapat memiliki anak, walaupun undang-undang India tidak membenarkan pengambilan anak angkat.

Sehingga kini, Salman Khan masih tenang dengan statusnya dan percaya jodoh akan hadir tepat pada masanya.

shah rukh khan
2025-09-11 11:18:09

Shah Rukh Khan Dedah Mahu Jadi Bintang P*rno - "Akan Berusaha Dengan Positif"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...