Bila setiap hari kita gunakan mesin basuh untuk mencuci pakaian seharian kita yang kotor, sudah pasti mesin basuh juga terdedah dengan kotoran degil.
Kalau macam tu, macam mana nak basuh mesin basuh ini?
Ikut 4 langkah mudah yang dikongsikan oleh page PANDA BEKKI, bagaimana hendak basuh mesin basuh anda.
LANGKAH 1
Cabut penapis yang ada didalam tangki cuci sebersih-bersihnya dan pasang semula.
LANGKAH 2
Pilih program@course@mode ” TUB CLEANING”
kalau tak ada pilihan tersebut.
boleh pilih “SOAK”
Kalo tak ada juga
boleh pilih mana-mana “course” cuma pastikan pilih cycle “wash” SAHAJA.
Pastikan “WATER LEVEL” adalah tahap makisma
tekan ” START”
Nota: Pastikan tidak memasukan apa-apa pakaian didalam mesin basuh. Biarkan ianya dipenuhi air semata-mata.
LANGKAH 3
Bila air dah 1/3 penuh, letakan bahan pencuci bersesuaian diantaranya :
Produk ada dipasaran . Pastikan ianya mengandungi
1. SODIUM PERCARBONATE atau SODIUM CARBONATE (300Gram)
atau
2. Sodium Borate (Borax) ( 300Gram )
atau
3. Jenama CALGON @ COSWAY@OXY@( 300gram)
atau
4. 140 Gram Soda ( RM3.00 ) dicampur bersama cuka putih 750ML ( RM2.50) yang telah dicampur didalam bekas lain sebelum dimasukkan kedalam mesin
atau
5. Pencuci jenama “ZIP ” ACTIVE FORMULA with BICARBONATE
Pastikan bancuh sebelum memasukkan didalam mesin (300Gram)
atau
6. tidak meletakkan apa-apa pun boleh juga , cuma kurang effektif kerja pencucian tersebut.
LANGKAH 4
Jika anda memilih mode pembasuhan.
1. TUB CLEANING
2. SOAK
Kerja anda lebih mudah , tak perlu tunggu , siap jer dah ok. Jika memilih mode pembasuhan WASH sahaja , selepas mesin telah siap cycle 3 minit. biarkan mesin terendam selama sejam
Selepas sejam pilih mode
“wash” 8 minit
“RINSE” 2 kali
“Spin”1 minit
Passtikan selepasmode tersebut siap , tiada keladak yang tinggal didalam dasar tangki, Jika masih ada , cuci filter terlebih dahulu dan ulangi step wash , rinse dan spin sehingga tiada kesan keladak tertinggal.
SIAP.
NOTA :
1. Sebelum melakukan kerja pencucian drum ni , pastikan kerja-kerja membasuh telah siap, sebab memakan masa yang lama.
(Anggaran 2 jam )
2. Pastikan bahan-2 yang sy cadangkan tue sesuai dengan mesin anda, Baca manual mesin terlebih dahulu sebelum melakukan proses ni
3. Kalo x yakin dengan bahan ni , cari d pasaran memang ada bahan khas untuk mencuci bahagian DRUM tersebut. Anda lebih yakin.