Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini dalam satu kenyataannya memberitahu, satu mesej mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Keluarga (PKPKP) yang tular di media sosial merupakan kenyataan palsu.
Perkongsian di laman Facebook rasmi KKM, memaparkan beberapa SOP yang berkaitan PKPKP dengan menyenaraikan 8 garis panduan.
Turut terkandung di dalam mesej itu termasuklah:
- Kit Perubatan Covid Diperlukan Di Rumah.
- Covid Tiga peringkat.
- Tahap ketika hendak ke hospital.
- Ubat yang diambil di hospital pengasingan.
- Makanan yang perlu diambil untuk menghilangkan virus.
- Bagaimana untuk mengetahui bahawa anda dijangkiti virus korona?
Justeru itu, KKM menyeru kepada orang ramai agar tidak menyebarkan atau berkongsi mesej palsu tersebut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.