Sedang tular sekarang ini penyebaran mesej mengenai “undang-undang baru yang diluluskan di Parlimen” iaitu sesiapa yang menggunakan telefon bimbit akan ditangkap ialah satu berita yang palsu.
Mesej yang telah disebarkan baru-baru ini di Malaysia menggunakan WhatsApp, mendakwa bahawa sesiapa yang menggunakan telefon semasa memandu atau ketika enjin kereta sedang dihidupkan akan ditangkap dan lesen mereka akan digantung serta-merta selama 3 bulan.
Dalam mesej itu menyatakan bahawa pada bulan-bulan akan datang, pihak polis akan menyaman mereka yang menggunakan telefon dengan jumlah sebanyak “$ 150” dolar Singapura ya, bukan RM150.
Antara kandungan mesej tersebut ialah:
“Beberapa kakitangan Aetos dengan beberapa anggota Polis Singapura akan menjaga di pelbagai persimpangan lalu lintas dan pejalan kaki. Beberapa individu telah ditahan dan disaman. Sebarkan maklumat ini. Terutamanya remaja dan wanita, kerana majoriti kumpulan ini telah ditangkap beberapa hari kebelakangan ini.”

Sumber: straits times
Mesej ini mula tular di Singapura beberapa bulan lalu.
Rakyat Malaysia mula menyebarkan mesej ini walaupun sebenarnya mesej itu asalnya dari Singapura, dan penyebaran mesej palsu ini menyebabkan kekeliruan banyak pihak.
Di Malaysia, perbuatan memandu sambil menggunakan telefon bimbit dianggap memandu secara berbahaya dan mereka yang berbuat demikian boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jika didapati bersalah, boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300.
Dari Januari hingga Oktober 2017, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan sejumlah 4,129 kes pemandu kenderaan yang ditangkap menggunakan telefon bimbit di jalan raya.
Berhenti sebarkan mesej palsu dan jangan guna telefon bimbit ketika memandu.
Sumber: The Star