Mesej Pada Ronaldo Tidak Sampai Bergetar Tulang Rusuk Pun – Siti Nurhaliza

Hiburan

Mesej Pada Ronaldo Tidak Sampai Bergetar Tulang Rusuk Pun – Siti Nurhaliza

Kah, kah, kah. Kelakar juga ayat yang digunakan oleh Siti Nurhaliza ini. Rasanya semua tahu tentang komen beliau di Instagram Cristiano Ronaldo yang telah menjadi viral baru-baru ini. Siti Nurhaliza telah menulis komen “safe flight dear..” di salah satu gambar pemain bola sepak terkenal itu.

siti nurhaliza ronaldo

Advertisement

Disebabkan komen ini, akaun Instagram Cristiano Ronaldo telah dibanjiri dengan komen-komen dari rakyat Malaysia. Namun agak menyedihkan apabila ada suara-suara sumbang menyatakan yang komen Siti Nurhaliza tidak sesuai kerana penggunaan perkataan ‘dear’. Kononnya tak manis untuk seorang isteri menggunakan perkataan tersebut kepada orang lain.

siti nurhaliza

Siti bersama Ronaldo, eh Datuk K.

Enggan memanjangkan cerita, Siti Nurhaliza memaklumkan yang komennya itu tidak ada kaitan dengan hati dan perasaannya. Kata Siti:-

Perkataan itu adalah normal sahaja kalau dibaca dalam nada yang betul, tidak sampai bergetar tulang rusuk pun.

Tidak ada apa yang perlu diperbesarkan, pada saya ucapan seperti itu adalah normal dan spontan sahaja, macam peminat saya yang mendoakan semoga saya selamat sampai ke satu-satu destinasi.

Saya bukan peminat tegar dia dan saya tidak ambil tahu sangat tentang bola sepak dunia cuma sejak beberapa berita tentang sumbangan Ronaldo berkaitan umat Islam membuatkan saya tersentuh dan ingin melihat kehidupan dia di laman sosial

siti nurhaliza ronaldo

Dengan Ronaldo lagi, eh Datuk K

Kadangkala memang peminat over semacam dan cuba membuat kesimpulan tak masuk akal sehingga menyusahkan orang lain. Susah sungguh menjadi selebriti seperti Siti Nurhaliza. Benda sekecil-kecil ini pun diperhatikan oleh orang ramai. Abang Nara pun selalu komen kat Instagram Cristiano Ronaldo tapi tak ada pula orang jumpa. Cis!!!! Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...