Ibu kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin menegaskan bahawa mesejnya berbunyi, ‘lantaklah nak hidup ke nak mati’ sebenarnya ditujukan untuk dirinya pada hari kejadian anaknya hilang, 5 Disember 2023.
Menurut Kosmo, Ismanira Abdul Manaf, 30, berkata perkataan yang diberikan menerusi WhatsApp kepada suaminya itu dibuat kerana cemas apabila anak sulungnya hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai.
Saya tidak maksudkan ke atas anak saya. Pada hari tersebut dalam keadaan saya cemas kelam – kabut…sedih mencari anak saya yang hilang. Saya sangat perlukan perhatian suami dan saya hantar perkataan sebegitu supaya suami saya cepat pulang dan bantu saya. Perkataan tersebut saya maksudkan ke atas diri saya.
Itu kata Ismanira dalam soalan tambahan pada pemeriksaan utama peguamnya berhubung perkataan dalam WhatsApp ‘lantaklah nak hidup ke nak mati” yang dihantar kepada Zaim Ikhwan Zahari.
Terdahulu, diperintah membela diri manakala suaminya Zaim Ikhwan dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan pengabaian terhadap Zayn Rayyan.