Merungut Tak Cukup Duit Hujung Bulan, Sanggup Makan Meggi Tapi “Update” Status Guna Iphone 6

Trending

Merungut Tak Cukup Duit Hujung Bulan, Sanggup Makan Meggi Tapi “Update” Status Guna Iphone 6

megi

Sebelum ini pelbagai kisah kita dengar, pelajar universiti yang gigih menuntut ilmu, dalam masa yang sama duit poket pun tak cukup, sampai kena ikat perut dan hanya bergantung harap kepada wang bantuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semata-mata untuk jalani kehidupan.

Ada antara mereka terpaksa menghulurkan wang terbabit untuk keluarga yang berada di kampung halaman kerana hidup terlalu susah kerana ada adik beradik masih ada lagi yang bersekolah.

Advertisement

Bukanlah salah PTPTN, tetapi salah pelajar itu sendiri kerana tidak bijak membelanjakan wang ke arah yang betul dan lebih berguna.

Apapun, ini bukan lah motif utama artikel ini ditulis. Apa yang admin nak ketengahkan adalah ada segelintir pelajar universiti yang kononnya ‘susah’ hanya makan mee segera untuk hidup tapi dalam masa yang sama sambil makan mee segera boleh pula layari Facebook dan update menggunakan iPhone 6?

Tak ramai yang mampu nak beli phone jenama apple ni. Ada je iPhone 6 kita yang bekerja ini pun masih tidak berkemampuan lagi nak beli, tapi bagaimana mereka ini boleh bermewah atau lebih berduit daripada orang yang bekerja sedangkan harga gajet berkenaan mencecah RM2400 dan keatas mengikut spec yang ditawarkan.

Sedangkan memang ada antara golongan ini sebenarnya bukanlah dari keluarga yang berada hingga mampu beli barangan yang berjenama.

Berikutan perkembangan isu ini, seorang mahasiswa bernama Mohammad Asyraf Khalib tampil berkongsikan di laman Facebooknya mengenai segelintir pelajar-pelajar ini.

Apa yang ditulisnya bukan ditujukan kepada semua pelajar, cuma kepada segelintir sahaja yang dah pasti akan terasa apabila membacanya.

z

Bukan mahasiswa sama seperti yang diceritakan dalam post ini. Hanya sebilangan kecil sahaja. Barangkali cuma 3/10 (mungkin).

Segala isu dan peristiwa yang diselitkan adalah sekadar analogi semata-mata. Maka, mana yang baik ambillah dan simpan, yang buruk sama-sama kita jadikan sempadan supaya kita tak berbuat perkara sedemikian kelak.

Jangan cepat sangat melatah. Moga Allah redha dan ampunkan dosa kita semua.

Post ini juga tak sesuai di apply untuk semua universiti sebab yuran, perbelanjaan dan pinjaman kewangan setiap universiti agak berbeza dan tak sama. Jika ia tidak berkenaan boleh abaikan je kenyataan umum ini.

Tak perlu guna kenyataan ini untuk  mempersenda mana-mana mahasiswa. Ruang ini bukan untuk berdebat antara satu sama lain.

Kalau ada sebarang cadangan penambahbaikan cara untuk dalam membantu menguruskan perbelanjaan, nasihat berguna, kata kata semangat untuk golongan mahasiswa.

Silakan. Mohon adab didahulukan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...