Baru-baru ini tular di Facebook di mana seorang wanita membeli sejumlah emas. Perkara itu dikongsikan oleh akaun Facebook Kedai Emas Al-Aqsa Jewels.
Berdasarkan gambar dikongsikan itu, wanita tersebut dilihat menunjukkan tanda ‘good’ sementara di depannya terdapat 5 utas gelang emas di dalam bekas berwarna merah dan ‘free gift’ yang diberikan oleh kedai.
Namun, menerusi kapsyen, emas yang dibeli oleh wanita itu bukanlah diborong untuk diri sendiri melaram sakan tetapi sebaliknya sebagai hadiah kepada anak menantunya untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Ramai warga Facebook memuji tindakan wanita itu dengan memberinya gelaran ‘mak mentua idaman’ kerana tidak kedekut untuk berkongsikan rezeki kepada anak menantunya.
Ada juga yang berharap agar anak menantunya bersyukur kerana tidak semua orang yang mempunyai ibu mentua yang penyayang dan tidak kedekut.
Sementara itu, ada juga orang yang berseloroh dengan mewakilkan diri sendiri untuk menjadi menantu kepada wanita itu demi mendapatkan ganjaran yang sama seperti anak-anak menantu wanita berkenaan.