Sebuah klip “Thariq Ridzuwan: His Teasure” yang tular baru-baru ini menerima pelbagai reaksi di media sosial, khususnya di platform Instagram dan Threads.
Netizen meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti lakonan, khususnya watak heroin lakonan Qasrina Karim yang dianggap terlalu “cringe” dan tidak meyakinkan.
Antara komen yang mencuri perhatian termasuk perbandingan dengan watak Bella Swan dalam filem ‘Twilight’, apabila seorang pengguna menulis, “Ni Bella Swan versi Malaysia ke macam mana?”. Malah, ramai turut mengkritik gaya penyampaian dialog pelakon wanita tersebut yang dikatakan seperti “berlakon drama kanak-kanak”.
View this post on Instagram
Bukan hanya lakonan, adegan teknikal dalam drama juga tidak terlepas dari kecaman, seperti potong besi tanpa cermin mata keselamatan dan babak menaiki tangga yang dianggap berlebihan.
Walaupun ramai menyokong barisan pelakon lelaki, persembahan heroin menjadi fokus utama kritikan. Buat masa ini, belum ada respon rasmi daripada produksi drama berkenaan.
Namun, perbincangan ini jelas menunjukkan betapa penonton kini semakin kritikal dalam menilai kualiti drama tempatan.