Sedia maklum, isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan anak mereka pada 26 Jun lalu sekitar jam 6.10 petang.
Biarpun ia merupakan khabar berita gembira, tetapi nampaknya perbalahan antara Fara dan Shuk masih berterusan apabila mereka kelihatan berbalas hantaran di Instagram Story.
Rupanya Fara tak maklumkan pada Shuk dah bersalin?
Sebelum Shuk bersuara, Fara ada memuat naik hantaran dengan menyeru nama ibu bapa pelawak berkenaan dan hal tersebut membuatkan Shuk hilang sabar, lalu ‘membuka cerita’ dengan mendakwa dirinya sama sekali tidak dimaklumkan tentang kelahiran anak itu.
Maklumat ayah macam mana nak dapat, macam mana nak pergi azankan, tarikh lahir pun tak ada siapa yang bagitahu. Tak ada siapa yang contact untuk bagitahu dah lahir!
Beri amaran pada Fara, jangan melebih ‘petik’ nama mak ayah Shuk
Dalam pada masa yang sama, Shuk memberi amaran kepada Fara untuk tidak melibatkan nama ibu bapanya jika tidak mahu aib yang disimpan selama ini dibuka di platform media sosial.
Jangan main gila dengan aku. Usik aku je bukan mak bapak aku. Kalau kau nak tengok macam mana gilanya aku, kau petik nama mak bapak aku!
Sebelum ini, Fara ada mendakwa Shuk sama sekali tidak menghiraukan tentang kelahiran anak dan tidak datang ke hospital untuk iqamatkan anak perempuan mereka, malah maklumat di dalam surat beranak bahagian bapa juga tertulis ‘maklumat tidak diperolehi, di mana ia berlaku susulan Shuk tidak memberi kerjasama seperti didakwa wanita itu.