Merokok Dari Usia 15 Tahun, Lelaki Sesak Nafas Dibawa Ke Hospital ‘Merayu’ Diselamatkan – “Saya Nak Hidup Doktor, Saya Ada Anak Kecik…”

Kehidupan

Merokok Dari Usia 15 Tahun, Lelaki Sesak Nafas Dibawa Ke Hospital ‘Merayu’ Diselamatkan – “Saya Nak Hidup Doktor, Saya Ada Anak Kecik…”

Seorang doktor berkongsi pengalamannya merawat seorang lelaki muda yang dibawa ke jabatan kecemasan hospital kerana sesak nafas terlampau.

Kejadian itu berlaku pada jam 7.45 pagi dan doktor itu dimaklumkan bahawa terdapat kes kecemasan membabitkan lelaki muda yang sesak nafas dan tidak boleh bercakap.

Advertisement

Wajah lelaki dalam lingkungan 30-an itu dikatakan pucat seperti kertas dan masih memakai baju kerja yang disaluti debu bercampur peluh mencurah-curah.

Nafasnya pendek-pendek, matanya seperti menjerit minta tolong. Di sebelahnya, seorang wanita muda, isterinya menggenggam tangan suaminya dengan erat, air mata tak berhenti mengalir.

tangan lelaki pegang rokok

Sejurus melakukan pemeriksaan awal, doktor itu mendapati paru-paru kirinya bocor kerana tiada bunyi nafas kedengaran selain jantungnya berdegup laju dan muka bertambah pucat.

Encik, saya syak paru-paru kiri encik bocor. Kita panggil pneumothorax. Kita kena tebuk dan masukkan tiub segera untuk keluarkan udara.

Saya… saya nak hidup, doktor… Saya ada anak kecik… Saya nak berhenti merokok. Sumpah…”

Itu kata lelaki berkenaan dalam keadaan nafas yang tersekat-sekat. Dia kemudian dibawa ke bilik prosedur kecemasan untuk menjalani X-ray.

Doktor mendapati lelaki itu mengalami tension pneumothorax iaitu keadaan di mana udara terkumpul di rongga dada dan menekan jantung serta paru-paru kanan.

Kalau lambat sikit… dia mungkin tak sempat. Kami buat prosedur kecemasan.

keputusan xray lelaki merokok

 

Merokok dari umur 15 tahun

Tindakan pantas doktor itu berjaya menyelamatkan lelaki berkenaan apabila udara perlahan-lahan keluar dan nafasnya kembali stabil serta wajahnya yang pucat mula bertukar dan matanya buka perlahan.

Tiga hari kemudian ketika doktor itu melawatnya di wad, terdapat sebungkus rokok yang sudah direnyuk dan dibuang di meja tepi katil.

Doktor… saya nak minta maaf. Saya dah rosakkan paru-paru saya sendiri. Saya mula merokok umur 15. Tapi hari ni saya berhenti. Saya taubat. Allah bagi saya peluang kedua. Saya tak nak sia-siakan.

Doktor berkenaan mengambil peluang berkongsi kisah itu dan memberikan pengajaran serta nasihat daripada kejadian menimpa pesakitnya itu.

 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki beri pesanan terakhir sebelum meninggal dunia
4 weeks ago

(VIDEO) Pengguna Vape Ini Sempat Meninggalkan Pesanan 'Terakhir' Sebelum Meninggal Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...