Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Merokok Dan Makan Di Tempat Awam, Roslan Shah Kecewa Sikap Segelintir Umat Islam Di Bulan Ramadan

Roslan Shah

Personaliti TV terkenal negara seberang tambak, Roslan Shah mengakui dirinya kecewa apabila melihat sikap segelintir umat Islam yang tidak segan silu makan serta merokok di tempat awam ketika bulan Ramadan.

View this post on Instagram

A post shared by roslanshah (@realroslanshah)

Luahan hati itu dizahirkan Roslan menerusi sebuah hantaran di Instagramn untuk perkongsian bersama peminat serta pengikut media sosialnya.

Ceritanya lagi, dia yang pada ketika itu sedang di luar untuk membeli juadah berbuka puasa semalam telah melihat segelintir umat Islam sedang makan dengan selamba dan merokok di hadapan orang awam.

View this post on Instagram

A post shared by roslanshah (@realroslanshah)

Advertisement

“Maaf kata ya.. puasa pertama Cik Lan jalan di Joo Chiat COmplex untuk beli barang juadah berbuka puasa. Depan mata Cik Lan ternampak warga Islam makan dengan selamba dan nampak juga warga Islam dengan wheel chairnya merokok di depan orang awam lalu lalang.”

Tambah pengacara yang lebih mesra menggelarkan dirinya sebagai Cik Lan ini lagi, setiap insan haruslah menghormati bulan puasa kerana ianya bulan yang mulia.

“Memang betul jawapan mereka akan cakap kubur masing-masing tapi di bulan puasa yang mulia ini kena menghormati dan orang yang berpuasa jugak. Nak makan atau nak merokok kenalah sorok-sorok..” tulisnya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by roslanshah (@realroslanshah)

Dia dalam pada itu turut mengakui bahawa dirinya masih belum cukup sempurna namun atas dasar tanggungjawab, dia masih menghormati orang lain yang berpuasa meskipun ada kalanya ‘terbabas’ di bulan Ramadan.

Perkara tersebut difahamkan telah berlaku di Singapura dan Roslan turut mengambil contoh hukuman yang dikenakan ke atas mereka yang culas untuk berpuasa di Malaysia seperti saman serta diangkut menaiki van jenazah jika didapati bersalah kerana tidak berpuasa dan makan di tempat awam.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. anonymous

    April 17, 2021 at 12:23 am

    singapork lu melayu gerek,podah bajet bagus konon

  2. SINGAPORK OING OING OING

    April 15, 2021 at 6:25 pm

    Memanglah takde kes buang bayi di singapork tu. Sebab undang-undang ketat negara pun kecil mana mau lari. So nak buang bayi atau gugur diorang datang seberang tambakle. Tu dekat johor tu berapa banyak natang singapork buang bayi apa semua.

  3. anonymous

    April 14, 2021 at 4:29 pm

    singapork memang byk islam ‘hanyut’ mabuk di siang hari makn direstoran cina dah perkara biasa tu move on je lah kak ros

    • Sebelom mengutuk, cermin diri sendiri

      April 14, 2021 at 5:16 pm

      At least pat Singapore tak de kes org buang baby mcm negeri awak eh… Dosa kecil setakat mkn pat luar tak sebesar berzina Dan membunuh.

    • Lol

      April 14, 2021 at 5:30 pm

      I thought your so called Alicia amin declared openly about getting drunk with her husband… And who knows what’s on her daily menu too….maybe pork too? Also, at least you don’t find women with hijab loitering at night at the beach with guys here

    • Watcher

      April 15, 2021 at 11:53 am

      Bole jadi orang Sabah / Sarawak yang kerja di Singapore…ramai jugak aku kenal kerja sini…yang bertatoo and minuk arak..agama Islam jugak….so dont judge ppl..nothing better to say…Just shut Up

Leave a Reply to anonymous Cancel reply

Loading...
To Top