Personaliti TV terkenal negara seberang tambak, Roslan Shah mengakui dirinya kecewa apabila melihat sikap segelintir umat Islam yang tidak segan silu makan serta merokok di tempat awam ketika bulan Ramadan.
View this post on Instagram
Luahan hati itu dizahirkan Roslan menerusi sebuah hantaran di Instagramn untuk perkongsian bersama peminat serta pengikut media sosialnya.
Ceritanya lagi, dia yang pada ketika itu sedang di luar untuk membeli juadah berbuka puasa semalam telah melihat segelintir umat Islam sedang makan dengan selamba dan merokok di hadapan orang awam.
View this post on Instagram
“Maaf kata ya.. puasa pertama Cik Lan jalan di Joo Chiat COmplex untuk beli barang juadah berbuka puasa. Depan mata Cik Lan ternampak warga Islam makan dengan selamba dan nampak juga warga Islam dengan wheel chairnya merokok di depan orang awam lalu lalang.”
Tambah pengacara yang lebih mesra menggelarkan dirinya sebagai Cik Lan ini lagi, setiap insan haruslah menghormati bulan puasa kerana ianya bulan yang mulia.
“Memang betul jawapan mereka akan cakap kubur masing-masing tapi di bulan puasa yang mulia ini kena menghormati dan orang yang berpuasa jugak. Nak makan atau nak merokok kenalah sorok-sorok..” tulisnya lagi.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut mengakui bahawa dirinya masih belum cukup sempurna namun atas dasar tanggungjawab, dia masih menghormati orang lain yang berpuasa meskipun ada kalanya ‘terbabas’ di bulan Ramadan.
Perkara tersebut difahamkan telah berlaku di Singapura dan Roslan turut mengambil contoh hukuman yang dikenakan ke atas mereka yang culas untuk berpuasa di Malaysia seperti saman serta diangkut menaiki van jenazah jika didapati bersalah kerana tidak berpuasa dan makan di tempat awam.