Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Merokok Dan Ke Kelab Malam Adalah Hak Peribadi Saya – Dayana Roza

Mula popular menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia dan Aku Pilih Kamu, pelakon Dayana Roza dihimpit kontroversi dimana beliau dikatakan berkunjung ke sebuah kelab malam di ibu kota baru-baru ini dan terlalu seronok menari serta merokok sehingga tidak sedar bahawa beliau sebenarnya mencuri tumpuan ramai.

Ada sesetengah netizen yang mula mengkritik Dayana dan menanggap beliau sebagai gadis “liar”.

Advertisement

Tidak mahu isu panas ini berpanjangan, Dayana menerusi portal Kosmo berkata beliau enggan ambil pusing akan segala kritikan. Buat Dayana, ia adalah hak peribadi beliau untuk ke kelab malam.

Saya berasa terkejut apabila diberitahu perihal itu. Namun, biarpun terkejut saya tidak ingin membesarkan cerita dan biarlah perkara tersebut berlalu begitu sahaja dan fokus kepada kerja.

Adakah anda sedar bahawa setiap tingkah laku individu bergelar selebriti itu pasti akan diperkatakan. Justeru, apakah yang dimaksudkan anda bahawa isu berkunjung ke kelab malam itu adalah hak peribadi?

Advertisement

Saya memahami kerana masyarakat akan mengambil tahu tentang apa yang dilakukan oleh seseorang artis itu biarpun baik mahupun buruk.

Maksud saya mengenai hak peribadi itu adalah apabila sesetengah perkara saya boleh kongsikan dengan peminat. Bagaimanapun, selebihnya dijadikan hak privasi terutama berkaitan soal cinta mahupun perkara peribadi.

Dayana juga menafikan bahawa kontroversi itu sengaja dicipta kerana ingin meraih publisiti murahan.

Sebenarnya ada antara peminat cuma ingin nasihat, mungkin ia hak peribadi Dayana untuk ke kelab malam dan sebagainya tetapi cubalah jaga imej sebagai seorang artis wanita Islam. Baru sahaja hendak mencipta nama, takkanlah nak orang kenal anda dengan kontroversi sahaja.

Sumber Berita : Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top