‘Meroket’ Naik! Ini Antara Senarai Barang-Barang Dinaikkan Harga Sejak Tahun Lalu

Berita

‘Meroket’ Naik! Ini Antara Senarai Barang-Barang Dinaikkan Harga Sejak Tahun Lalu

Sedia maklum, sejak Disember tahun lalu hingga ke hari ini sering kali kita dengari berita tentang kenaikkan harga barang tanpa henti dan lebih perit bukan hanya harga ayam atau telur saja, malah barang lain turut dinaikkan.

Sebelum ini ada saja berita tentang kenaikkan harga barang dilakukan, akan tetapi sejak beberapa bulan lalu, kenaikkan harga barang difahamkan naik secara mendadak.

Advertisement

Melalui perkongsian seorang pengguna di Twitter ini, beliau berkongsikan beberapa senarai barang yang dinaikkan sejak Disember tahun lalu:

1. Roti Gardenia

roti gardenia

Difahamkan harga roti Gardenia telah dinaikkan sejak bulan Disember tahun lalu dan selepas itu, jenama Massimo pula menaikkan harga kerana berlakunya kenaikkan harga dalam barangan asas.

2. Produk-produk berasas tepung

Mulai 1 Januari tahun baru, harga siling setiap 25kg tepung dinaikkan sebanyak RM1 dan antara barang-barang tepung yang dimaksudkan adalah seperti roti, mi, tepung beras, kek, pastri dan produk lain berasaskan tepung juga naik.

3. EcoShop 

Kedai-kedai runcit murah kesukaan ramai juga difahamkan harga mereka dinaikkan dan salah satu jenama yang dinaikkan adalah EcoShop dimana harganya naik sebanyak RM0.10 dari RM2.10 di Semenanjung Malaysia pada 1 Disember tahun lalu.

4. Mr. DIY

Kedai kesukaan ramai yang sudah mempunyai hampir 900 cawangan ini juga dikhabarkan akan berlakunya kenaikkan harga dalam barang-barang mereka selepas promosi ‘kunci harga’ tamat pada bulan Mac nanti.

5. Peralatan tulis

Menurut Persatuan Industri Buku dan Alat Tulis Malaysia, peralatan tulis di Malaysia naik sebanyak 10 peratus hingga 25 peratus sepanjang tahun lalu kerana harga bahan mentah plastik dunia naik, selain dari peningkatan kos pengangkutan dan nilai wang Ringgit menurun.

6. IKEA

Pusat perabot yang cukup dikenali ramai iaitu IKEA turut membuat pengumuman bahawa barangan mereka bakal dinaikkan sebanyak 9 peratus pada tahun ini kerana pembekal mereka masih lagi berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan tidak terkecuali, IKEA Malaysia juga akan dinaikkan harga dalam masa terdekat.

7. Minuman kopitiam

Difahamkan melalui laporan Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia dan Singapura, harga minuman kopitiam akan dinaikkan sebanyak 20 hingga 60 sen bermula pada Januari 2022, ini kerana berlakunya kenaikkan harga pada susu pekat, susu cair, serbuk kopi, gas, gaji staf serta sewa kedai.

8. Penjaja di Pulau Pinang

persatuan penjaja pulau pinang

Pada bulan November tahun lalu, Persatuan Penjaja Pulau Pinang memaklumkan bahawa harga makanan mereka akan dinaikkan sebanyak RM1 kerana harga barang mentah naik secara mendadak.

Semoga rakyat Malaysia kekal tabah hadapi ujian kenaikkan harga tanpa henti ini, harap pada tahun ini kerajaan turunkan harga sedikit demi sedikit.

Datuk Ameer Ali Mydin
2 years ago

Harga Makanan Seperti Milo, Biskut Dan Sardin Dijangka Naik 8-10 Peratus - Ameer Ali Mydin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...