“Merisaukan, Terus Dah Tak Mesra Kanak-Kanak” – DJ Indonesia Guna Karakter Upin Ipin Di Konsert

Kehidupan

“Merisaukan, Terus Dah Tak Mesra Kanak-Kanak” – DJ Indonesia Guna Karakter Upin Ipin Di Konsert

Sedia maklum, karakter Upin Ipin yang asalnya dari Malaysia sememangnya sangat popular di negara jiran, Indonesia dan memberi pengaruh besar di sana.

Upin Ipin versi dewasa

Terbaru, melalui platform TikTok, seorang DJ dari Indonesia iaitu DJ Wukong memuat naik video memaparkan dia guna visual konsert yang seakan-akan karakter Upin Ipin sewaktu membuat persembahan.

Advertisement

Dapat dilihat, karakter Upin keluar daripada skrin besar di belakang set DJ tersebut dan kelihatan karakter itu turut berlari-lari sambil mengeluarkan percikkan kilat berwarna biru melalui matanya.

Netizen Malaysia terkejut

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen Malaysia meluahkan rasa terkejut karakter Upin Ipin digunakan di konsert DJ terbabit.

komen

Malah, ramai yang merasakan karakter yang ‘mesra kanak-kanak’ itu sudah rosak kerana digunakan sebagai bahan hiburan buat orang dewasa.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang berbangga karakter asal dari Malaysia itu menjadi kegilaan penduduk di Indonesia.

Kubur Upin Ipin
3 years ago

Kecoh Kubur Upin Ipin Ditemui Di Indonesia, Ini Respon Pengasas Les' Copaque

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...