Written by Bella | December 19th, 2018

Cuti sekolah sudah bermula. Mak bapak mesti tengah pening kepala melayan kerenah anak-anak yang bosan duduk di rumah. Tiap-tiap hari merungut je kerja diorang sebab tiada sebarang aktiviti menarik yang boleh dilakukan.

Niat di hati, nak bawak pergi bercuti, namun bajet pula tak cukup. Akan tetapi, selaku ibu bapa yang bertanggungjawab, anda enggan menghampakan harapan anak-anak tercinta. Jangan risau, jangan stress. Jalan penyelesaiannya ada di AEON Shah Alam.

Bermula 5 Disember 2018 sehingga 1 Januari 2019 dari jam 10 pagi sehingga 10 malam, pelbagai aktiviti best dan peluang memenangi hadiah-hadiah awesome sedang berjalan di AEON Shah Alam bersempena AEON Wallet Cash Up Challenge.

First thing first, perkara yang WAJIB anda lakukan apabila menjejakkan kaki ke AEON Shah Alam ialah mendaftar sebagai AEON Member Plus Card dan memuat turun aplikasi AEON Wallet. Ini kerana segala aktiviti dan contest yang dianjurkan hanya boleh dengan melakukan pembelian di AEON menerusi salah satu cara di atas.

Jangan risau pekerja-pekerja AEON sedia membantu anda membuat pendaftaran dengan penuh senyuman dan kemesraan. Pergi sahaja ke meja pendaftaran untuk mendapatkan kad AEON Member Plus anda. Sekejap je daftar nie. Tak sampai 5 minit pun.

Apa kebaikan apply AEON Member Plus Visa Card ni? Banyak kebaikan dia, salah satunya ialah setiap pembelian RM1 boleh dapat 2x AEON Points. Anda juga boleh meggunakan kad ni dimana-mana cawangan AEON iaitu AEON Stores, AEON BiG Hypermarket, AEON MaxValu, AEON MaxValu Prime dan AEON Wellness. Tak perlu la bawa banyak-banyak kad lagi selepas ni.

Selepas dah dapat kad AEON Member Plus dan memuat turun applikasi AEON Wallet ke smartphone anda, barulah boleh sertai segala aktiviti-aktiviti yang disediakan. Antaranya seperti memanah, bergambar dengan maskot-maskot comel, melihat badut membuat pertunjukan buih dan macam-macam lagilah. Tengok je lah gambar bawah ini untuk melihat sendiri kemeriahan suasana di AEON Mall Shah Alam.

Korang tahu tak kalau ada AEON Wallet ni sangat mudah? Kalau lepas ni tertinggal kad dekat rumah, haa..tak perlu risau. Masih boleh membuat pembayaran menggunakan AEON Wallet melalui kod QR dan nikmati ganjaran hebat di AEON. Korang juga boleh top-up AEON Member Plus Visa Card melalui AEON Wallet dengan mudah dan segera! Selain tu, boleh juga tebus AEON Point melalui aplikasi sahaja! Mudah kan?

Paling BEST, anda juga boleh memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000 dengan menyertai permainan “BEAT THE BUZZER GAME” pada setiap hari Jumaat hingga Ahad.

Dengan pembelian minimum RM50 di mana-mana kedai yang menyertai kempen ini di AEON Shah Alam (syarat penuh boleh baca di sini), anda perlu menamatkan permainan “BEAT THE BUZZER” tanpa menyentuh besi di sekelilingnya di dalam tempoh masa yang diberikan.

Ini syarat-syarat untuk anda join permainan “BEAT THE BUZZER” ini. Ada 3 tahap kesemuanya

Pastikan anda tidak tersentuh besi-besi. Kalau tersentuh dikira gagal

Permainan ini memerlukan konsentrasi yang tinggi. Kalau tangan kuat menggigil memang kalah la

Setiap tahap menawarkan hadiah yang berbeza. Pemenang bagi tahap 3 akan diberi peluang untuk berentap di The Buzzer Grand Finale pada 1 Januari 2019 untuk merebut wang tunai sebanyak RM10,000. Tempat kedua akan mendapat RM5,000 sementara tempat ketiga pula RM3,000. Bolehlah shopping sepuas-puas hati kalau menang.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan buat pemenang setiap tahap

Best kan? Selain “Beat The Buzzer” ini, ada juga contest-contest mudah seperti “Catch & Hug Me Facebook Campaign” yang memerlukan anda bergambar dengan maskot Sumato & Yokina dan memuatnaiknya ke Facebook dengan hashtag #MYAEONWallet #AEONWalletCashUp #AEONMallShahAlam. Lepas dah upload boleh redeem hadiah misteri di kaunter. Mudah sangat-sangat kan? Maklumat lanjut boleh baca di sini.

Posing comel-comel mungkin boleh dapat hadiah misteri yang lebih best. Hehehe

Ada juga peluang untuk anda memenangi cabutan bertuah 20,000 mata ganjaran AEON menerusi kempen Share & Win. Anda hanya perlu LIKE post ‘AEON Wallet Cash Up Challenge’ di Facebook AEON Mall Shah Alam, kemudian share post tersebut di Facebook anda. Last sekali, tag 5 orang rakan anda dengan kata-kata “Join me at the AEON Wallet Cash Up Challenge at AEON Mall Shah Alam, from 5th Dec 2018 – 1st Jan 2019”! #MYAEONWallet #AEONWalletCashUp #AEONMallShahAlam 4”. 5 pemenang bertuah akan dipilih selepas kempen ini berakhir. Doa la banyak-banyak agar anda dimurahkan rezeki.

Banyak lagi sebenarnya promosi-promosi, aktiviti-aktiviti dan hadiah-hadiah best yang boleh menjadi milik anda sekiranya anda ke AEON Shah Alam sepanjang musim cuti ini. Bawalah anak-anak untuk mereka turut sama bergembira dan melepaskan segala tenaga yang terpendam di badan mereka. Untuk tidak terlepas sebarang informasi, sila pastikan anda LIKE Facebook AEON Mall Shah Alam. Selamat bergembira!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 responses to Meriahkan Hujung Minggu Dengan Pelbagai Aktiviti Awesome Di AEON Shah Alam & Berpeluang Bawa Pulang Wang Tunai RM10,000

  1. Thx for sharing… nanti pergi jln jln

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Semak la iklan ni.. x penting pon!

    0

    0

Leave a Comment

Optional