Merendah Diri Di Indonesia, Iqbal Tinggalkan Harta Dunia Untuk Rasai Kesusahan Rakyat

Hiburan

Merendah Diri Di Indonesia, Iqbal Tinggalkan Harta Dunia Untuk Rasai Kesusahan Rakyat

Sering berkongsi kegiatan hariannya di Instagram, usahawan dan juga penyanyi Iqbal Zulkefli sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila dia tampil merendah diri apabila berada di negara Indonesia.

Terbaru, Iqbal yang kini sedang bercuti di negara seberang itu berkongsi videonya menaiki Tuk Tuk dan sanggup meletakkan kereta Mercedes miliknya di hotel hanya ingin merasai kehidupan rakyat di sana.

Advertisement

Ujar Iqbal, dia berbuat demikian kerana ingin melatih dirinya menjadi seorang yang merendah diri.

Saya rendah hati saja di Indonesia. Betul kan? Lihat saja saya makan di tepi jalan. Mercedes saya parking di hotel sanggup naik tuk tuk. Tidak macam-macam.

Ini saya belajar dari ramai orang, katanya ramai sayang kalau kita humble begini, mohon share untuk dijadikan teladan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meninggalkan respon yang berbeza dan ada juga yang menulis komen berbaur sinis terhadap penyanyi lagu Hujan itu.

Komen IG Iqbal

“Bila orang dah banyak duit sampai jadi gila, sanggup memalukan diri memperbodohkan diri untuk mendapatkan perhatian.” komen seorang netizen.

Terdahulu, Iqbal memaklumkan kepada peminat bahawa dia kini berhijrah sementara ke Indonesia bagi tujuan kerja dan juga untuk mencari ketenangan setelah dirinya terpalit pelbagai kontroversi sebelum ini.

Iqbal Zulkefli
2 years ago

"Di Indonesia Saya Aman.." Iqbal Tertanya-Tanya Kenapa Orang Malaysia Kejam Terhadap Dirinya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...