“Mereka Yang Tak Sokong Penapisan Netflix, Tak Sayang Budak-Budak”, – CEO Aflix

Trending

“Mereka Yang Tak Sokong Penapisan Netflix, Tak Sayang Budak-Budak”, – CEO Aflix

Macam yang semua tahu, kecoh baru-baru ini apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) meminta kerajaan untuk menapis kandungan di Netflix. Rata-rata ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan ini.

Baca: Finas Gesa Kerajaan Kaji Kandungan Netflix

Advertisement

Baru-baru ini pula, kenyataan dari CEO Aflix tentang isu penapisan ini juga semakin mengeruhkan keadaan. Di dalam kenyataannya, beliau menyelar mereka yang marah dan tidak menyokong isu penapisan Netflix ini.

“Mereka yang tak sokong atau marah dengan isu nak tapis kandungan Netflix, tak ada rasa sayang pada kanak-kanak.”

Mohd Fadzil Hashim percaya Aflix adalah pilihan yang lebih baik untuk ibu bapa yang sayangkan anak mereka. Kandungan yang ditawarkan di Aflix TV juga dikatakan sebagai hiburan yang lebih beretika pada masa ini.

Walaupun platform seperti Netflix ada tetapan untuk menyekat kandungan dewasa, tapi itu semua tidak cukup katanya. Cadangan untuk menapis kandungan di Netflix tidak disambut baik oleh ramai pihak.

Ada cara lain yang lebih baik untuk menyekat kandungan dewasa di Netflix. Bukan sahaja kerana pengguna membayar untuk menonton platform itu, tetapi ibu bapa juga lebih bijak dalam memantau anak-anak mereka.

Untuk yang nak tahu cara tetapan untuk menyekat kandungan dewasa di Netflix, Astro Go dan HBO Go boleh klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Ikuti Cara Mudah Menyekat Kandungan Dewasa Di Netflix, Astro Go dan HBO Go.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...