Sejak dihimpit dengan kontroversi Bigo Live dan sering menyuarakan pendapatnya tentang isu politik negara, pelakon Fathia Latiff tidak dapat lari daripada kecaman netizen. Ada sahaja pihak yang akan cuba mencari kesalahan Fathia dan mengkritik beliau.
Mungkin sudah tidak tahan dengan komen-komen negatif Fathia menerusi akaun Twitternya telah ‘menyekolahkan’ Mak Cik Bawang yang hanya tahu jaga tepi kain orang sahaja. Buat Fathia, orang yang suka mencari keburukan orang lain ini sebenarnya orang yang paling malang di dunia.
Rasanya sudah lama Fathia memendam rasa dan akhirnya kesabaran beliau sudah mencapai batasnya. Fathia sudah pun berjanji akan berubah ke arah yang lebih baik dan netizen seharusnya sokong dan tidak lagi ungkit kisah lalu. Apa-apa pun, semoga Fathia kekal tabah.