Baru-baru ini juri tetap program realiti Famili Duo Ke-3, Mas Idayu, tampil menyatakan rasa berpuas hati dan teruja apabila pemenang minggu pertama itu mampu menghasilkan persembahan yang kreatif.
Penyanyi 90-an ini berkata, peserta yang lain seharusnya berhati-hati dengan duo adik-beradik, Syaiful dan Sharif yang asalnya merupakan pelawak ini kerana kedua-duanya mempunyai vokal yang tak kurang hebat dari penyanyai lain.
Kita ada pasangan pelawak, mungkin yang lain fikir mereka tak cukup bagus tapi sebenarnya mereka patut takut.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, dia turut menyoal kehebatan peserta yang lain, sama ada mereka boleh membuat persembahan yang luar biasa dan memenuhi permintaan juri ataupun tidak.
Mereka berusaha menyanyi walaupun huru-hara, saya nampak usaha dia nak masuk dunia nyanyian kita. Mereka kerja keras.
Oleh kerana persembahan yang berjaya mengagumkan para juri, pasangan pelawak ini muncul sebagai juara minggu pertama yang melayakkan mereka mendapat wang tunai sebanyak RM10K.
Dengan kejayaan yang diraih Sharif dan Syaiful, ramai tertunggu-tunggu dengan apa yang bakal mereka bawa ke atas pentas pada minggu hadapan.
Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.