Tular baru-baru ini beberapa keping gambar pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berada di dalam kuil. Di dalam gambar itu, pelajar beragama Islan dilihat duduk di dalam kuil itu untuk satu program. Ada yang keluarkan kenyataan negatif dengan penyebaran gambar itu.
Menurut Ketua Pusat Pengajian Antropologi dan Dakwah, UniSZA, pelajar terbabit merupakan jurusan Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) yang ditugaskan membuat penyelidikan berhubung praktis agama dan juga kepercayaan masyarakat.
“Mereka hanya bertindak sebagai penyelidik dan tidak terlibat langsung dalam mana-mana ritual agama Hindu yang dilakukan di dalam kuil tersebut.”
Jadi maksudnya apa yang berlaku hanya lah kajian untuk memahami praktis agama Hindu. Kajian yang dibuat ini pun tak ada menyentuh sensitiviti mana-mana kaum sama ada Hindu ataupun Islam.

“Program ini mendapat persetujuan pihak kuil dan makanan yang dihidangkan juga adalah daripada katering orang Islam sendiri.”
Sepatutnya tidak ada isu pun tentang perkara ini tetapi disebabkan spekulasi negatif yang tular, pihak UniSZA terpaksa memberikan respon mereka.
Harap netizen yang lain hentikan sebarang kecaman negatif kerana ini hanya untuk pembelajaran sahaja. Tak pasal-pasal kena kecam pula kan.
Sumber: Kosmo