“Mereka Tiba-Tiba Datang Pecahkan Pintu, Buat Laporan Polis” – Anak Pak Mail Kesal Tindakan Pempengaruh Abbe Hae Serbu Rumah

Kehidupan

“Mereka Tiba-Tiba Datang Pecahkan Pintu, Buat Laporan Polis” – Anak Pak Mail Kesal Tindakan Pempengaruh Abbe Hae Serbu Rumah

“Saya bukan anak derhaka,” demikian luahan kesal Abdullah Ismail, 59, anak tunggal kepada warga emas Ismail Che Noh, 79, yang tular di media sosial selepas bapanya didakwa diabaikan keluarga.

Abdullah tampil mempertahankan diri susulan pelbagai kecaman yang melabelkannya sebagai anak tidak bertanggungjawab, sedangkan menurutnya dia berdepan cabaran besar menjaga bapanya yang mengalami masalah nyanyuk sejak setahun lalu.

Advertisement

Katanya, perubahan sikap bapanya yang kerap merayau tanpa arah tujuan dan bertindak agresif bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah turut mengancam keselamatan orang sekeliling.

“Sejak nyanyuk, dia kerap mengamuk, pecahkan cermin tingkap dan sepahkan barang-barang.”

“Keadaan itu menyebabkan cucu sulung saya yang tinggal bersama terpaksa berpindah demi keselamatan,” katanya ketika ditemui di Kampung Repek, di sini.

Bapa lima anak yang juga seorang duda itu menjelaskan bahawa meskipun bapanya tinggal bersendirian sebelum ini, dia tidak pernah bersikap lepas tangan dalam menjaga kebajikan warga emas tersebut.

abbe hae

“Setiap pagi saya hantar nasi bungkus sebelum keluar bekerja. Waktu tengah hari pula saya balik untuk mandikan bapa kerana lampin pakai buang yang dipakaikan sering ditanggalkan.”

“Saya pastikan makan tengah hari diberi sebelum saya kembali bekerja di Wakaf Bharu, Tumpat,” katanya.

Menurut Abdullah, rumah bapanya dikunci bukan bertujuan mengurung, sebaliknya bagi mengelakkan warga emas itu keluar merayau dan sesat.

“Rumah itu saya kunci sebab bimbang dia keluar merayau. Saya pernah ajak dia tinggal bersama, tetapi dia tak mahu,” ujarnya.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Zamakhshari Muhamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra, yang hadir bersama wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta penghulu bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi, selain menyerahkan sumbangan kerusi rehat dan tilam.

Abdullah turut mendedahkan bahawa insiden tersebut menjadi lebih tegang apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) datang ke rumah bapanya tanpa perbincangan awal.

“Tiba-tiba mereka datang dan memecahkan pintu rumah ayah yang didakwa kami mengurungnya tanpa sebab. Ketika itu hanya seorang anak perempuan saya ada di rumah.”

“Anak saya cuba jelaskan keadaan sebenar, tetapi dihalang dan dimarahi. Mereka terus membawa bapa ke Unit Kecemasan Hospital Pasir Mas dan meninggalkannya di sana,” katanya.

Menurut Abdullah, dia kemudiannya pergi ke hospital untuk membawa pulang bapanya, selain terkejut apabila laporan polis turut dibuat terhadapnya atas dakwaan mengabaikan warga emas tersebut.

Abbe hae

“Sangat mengejutkan apabila kisah ayah tular selepas individu bernama Abbe Hae datang ‘membantu’, seolah-olah ayah benar-benar diabaikan sedangkan orang luar tidak tahu bagaimana kami sekeluarga menguruskannya setiap hari,” katanya.

Abdullah menegaskan dia tidak mungkin sanggup mengabaikan bapanya sendiri dan akan terus menjaga warga emas itu sehingga akhir hayat. – HARIAN METRO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-09 14:45:56

PhD Di Sebalik Tirai Penjara : Dipukul Dan Dieksploitasi, Ini Kisah Hidup Dr Malik Yatam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...