Baru-baru ini, seorang wanita di laman Twitter memuat naik satu ciapan yang menarik perhatian ramai selepas dia meluahkan rasa kesal selepas melakukan rawatan laser untuk tangani masalah kulit di sebuah fasiliti kecantikan.
Pada mulanya, wanita tersebut berkata fasiliti kecantikan tersebut menawarkan rawatan laser yang dipanggil sebagai Pico Laser dengan harga yang murah dan disebabkan itu dirinya tertarik untuk cuba tetapi alangkah terkejutnya apabila wajah bertambah teruk selepas melakukan rawatan terbabit.
Difahamkan juga, pihak fasiliti kecantikan itu akan bersikap kurang ajar dan menyuruh pelanggan keluar seandainya tidak mengambil pakej yang ditawarkan.
Selepas melakukan 3 ke 4 sesi rawatan laser tersebut, wajah wanita itu bukannya bertambah baik, malah jadi lebih teruk dari yang sebelum ini.
Pada mulanya dia ingatkan bintik-bintik hitam muncul di wajah adalah kesan sampingan rawatan tersebut, namun tidak kerana keadaan kulit makin teruk dan pihak fasiliti mula tidak mengambil tahu tentang perkembangan kulit wajah wanita tersebut.
Disebabkan kulit wajahnya semakin teruk, wanita terbabit terpaksa pergi ke pakar dermatologi dan dia mengakui perjalanan untuk baik pulihkan wajah sememangnya sangat perit.
Malah, kepercayaan terhadap diri sendiri merundum dan terpaksa berhenti pergi ke universiti atas arahan doktor.
Wanita terbabit telah pun membuat laporan polis dan susulan itu, pihak fasiliti berkenaan serta merta membalas kenyataan wanita terbabit tetapi masih tidak mahu mengaku salah.
Ciapan tersebut telah meraih perhatian yang hebat daripada kalangan warganet, di mana lebih 11,000 ribu retweet dan lebih 13,000 ribu tanda suka diterima.