“Mereka Tak Tonton Habis” – Pengarah Bersuara Isu Babak Makan Babi & Bapa Restu Tukar Agama Di Filem Mentega Terbang

Hiburan

“Mereka Tak Tonton Habis” – Pengarah Bersuara Isu Babak Makan Babi & Bapa Restu Tukar Agama Di Filem Mentega Terbang

Filem terbaru berjudul Mentega Terbang yang ditayangkan sejak Januari lalu telah menerima kritikan daripada netizen kerana ada babak yang menyentuh sensitiviti agama iaitu menghina Islam.

Sedar filem terbabit menerima kecaman ramai, pengarah iaitu Khairi Anwar menegaskan bahawa segala hal yang di bual oleh orang ramai tidak seperti gambaran sebenar jalan cerita filem tersebut.

Advertisement

Saya rasa mereka yang mengecam filem ini tidak menonton sehingga habis. Mereka hanya mengambil klip dua minit dari keseluruhan 1 jam 45 minit.

Sudah beberapa hari isu mengenai beberapa babak dalam filem ini menjadi bualan hangat netizen kerana menggambarkan seorang bapa berfikiran terbuka dengan membenarkan anak memilih agama dimana perbuatan itu sememangnya bertentangan dengan agama Islam.

Bukan itu saja, malah dialog watak kanak-kanak perempuan bernama Aishah juga menjadi perdebatan kerana dianggap menimbulkan keraguan buat penonton dan terdapat satu lagi adegan memakan daging babi juga tular di media sosial.

Menurut pengarah tersebut lagi, isu yang berlaku bukanlah sengaja dilakukan sebagai marketing kerana filem itu sudah disiapkan sejak sekian lama lagi tetapi sebelum ini ditolak kerana mengandungi isu sensitif masyarakat Malaysia.

Sekadar info, filem Mentega Terbang ini juga difahamkan sudah tiada lagi di platform Viu setelah isu ini tular.

1 year ago

"Jika Diam Itu Bijak Lakukanlah" - Netizen Dakwa Kapsyen Isteri ND Lala Ada Maksud Tersirat?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...