“Mereka Tak Peduli Pun Tentang Lagu Baru” – Nabila Razali Luah Kecewa Netizen Lebih Suka Tahu Hal Peribadi Artis

Hiburan

“Mereka Tak Peduli Pun Tentang Lagu Baru” – Nabila Razali Luah Kecewa Netizen Lebih Suka Tahu Hal Peribadi Artis

Seperti diketahui ramai, gerak-geri pelakon wanita yang juga merupakan seorang penyanyi, Nabila Razali sering kali menjadi tumpuan serta kecaman netizen.

Susulan itu, dia mengakui bahawa berasa kecewa kerana kebanyakkan netizen lebih memilih untuk mengambil tahu urusan peribadinya berbanding karya yang dihasilkan.

Advertisement

Menurut Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, usaha untuk mempromosikan lagu jadi satu pembaziran apabila netizen lebih memilih untuk pandang dari sudut negatif dan membangkitkan kontroversi.

Saya sendiri tahu kekurangan saya. Tetapi untuk dibandingkan dengan masa dulu dan sekarang, saya rasa ada banyak penambahbaikan.

Bahkan, Nabila turut sempat menegaskan bahawa segala gimik ataupun teaser yang sering dilakukan itu adalah salah satu strategi untuk menaikkan produk, bukan saja-saja mahu mengundang kecaman.

Sebelum ini, Nabila Razali telah memadam semua foto di Instagram dan memuat naik foto bersama penyanyi lelaki, MK sambil memakai baju serba putih dan hal itu membuatkan netizen berasa ‘muak’ melihat gimik yang sering dilakukan olehnya.

1 year ago

"Tu Jelah Kerja Kau Nab" - Netizen Menyampah Dengan 'Gimik' Nabila Razali, Risau Kedudukan Tangan Dekat MK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...