Seperti diketahui ramai, gerak-geri pelakon wanita yang juga merupakan seorang penyanyi, Nabila Razali sering kali menjadi tumpuan serta kecaman netizen.
Susulan itu, dia mengakui bahawa berasa kecewa kerana kebanyakkan netizen lebih memilih untuk mengambil tahu urusan peribadinya berbanding karya yang dihasilkan.
Menurut Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, usaha untuk mempromosikan lagu jadi satu pembaziran apabila netizen lebih memilih untuk pandang dari sudut negatif dan membangkitkan kontroversi.
View this post on Instagram
Saya sendiri tahu kekurangan saya. Tetapi untuk dibandingkan dengan masa dulu dan sekarang, saya rasa ada banyak penambahbaikan.
Bahkan, Nabila turut sempat menegaskan bahawa segala gimik ataupun teaser yang sering dilakukan itu adalah salah satu strategi untuk menaikkan produk, bukan saja-saja mahu mengundang kecaman.
Sebelum ini, Nabila Razali telah memadam semua foto di Instagram dan memuat naik foto bersama penyanyi lelaki, MK sambil memakai baju serba putih dan hal itu membuatkan netizen berasa ‘muak’ melihat gimik yang sering dilakukan olehnya.