Seorang kru produksi filem maut sementara tiga lagi parah selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjalani penggambaran dokumentari terbitan syarikat produksi milik pengarah, Aziz M Osman iaitu Ace Motion Pictures Sdn Bhd.
Aziz, 59, berkata ketika kejadian dia bersama isteri, bapa mentua dan seorang anaknya yang juga kru produksi menaiki kenderaan lain untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu, Kelantan.
Aziz memaklumkan mereka ke Kota Bharu pada Isnin lalu bagi menjalani penggambaran projek Dokumentari Seniman Negara: Khatijah Awang. Mereka menaiki dua kenderaan untuk ke lokasi pengambaran, satu kenderaan dinaiki Aziz bersama keluarganya, satu lagi kenderaan dinaiki empat kru itu.
Kalau tanya saya, saya sendiri tidak boleh jelaskan bagaimana kemalangan boleh berlaku. Ini kerana kami sudah jauh ke depan dan tidak dapat berhubung terus dengan mereka.
Menurut pengarah filem Senario itu, mangsa yang meninggal dunia sudah dibawa pulang ke Kuala Lumpur sementara tiga yang cedera dirawat di sebuah hospital di Terengganu.
Isteri kepada Aziz, Puteri Lily Lokman yang juga merupakan pengarah urusan Ace Motion Pictures Sdn Bhd berkata kejadian mungkin disebabkan oleh microsleep.
Peringatan untuk kita juga, kalau mengantuk berhenti. Mereka baru lepas makan tengah hari, mungkin lepas makan mengantuk.
Puteri turut meminta orang ramai agar mendoakan semoga dipermudahkan urusan mangsa dan keluarga. Puteri menyifatkan mangsa seorang budak yang baik dan seorang yang selalu tersenyum.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.