“Mereka Selalu Duduk Sama-Sama..” – Nabil Ahmad Dakwa Hubungan Aliff Aziz & Bella Astillah Masih Baik Ketika Musim ASGV Lalu

Hiburan

“Mereka Selalu Duduk Sama-Sama..” – Nabil Ahmad Dakwa Hubungan Aliff Aziz & Bella Astillah Masih Baik Ketika Musim ASGV Lalu

Sebelum ini, pengacara terkenal Nabil Ahmad mendedahkan sisi baik Aliff Aziz ketika mereka berdua mengikuti program tabligh pada 2020 lalu. Kini, Nabil memberitahu hubungan Aliff dan isterinya masih dalam keadaan baik ketika berlangsungnya program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), tahun lepas.

Tiada apa-apa perubahan

Tambah Nabil, dia tidak melihat sebarang perubahan atau tanda-tanda Aliff dan Bella sedang menghadapi pergolakan rumah tangga ketika itu.

Advertisement

Malah, hos rancangan ASGV ini mengakui sering melihat pasangan selebriti ini kelihatan seperti pasangan yang bahagia dan sentiasa bersama.

Semasa di GV saya tidak lihat apa-apa pun perubahan pada Aliff. Saya lihat mereka sebagai loving couple. Itu berdasarkan mata kasar saya.

 

Bella sentiasa teman Aliff sepanjang di GV. Malah sebelum dan selepas buat persembahan Aliff sentiasa ada dengan Bella. Mereka selalu duduk sama-sama.

Doa untuk mereka

Sementara itu, Nabil berpendapat apa yang sedang dilalui pasangan tersebut merupakan dugaan Allah SWT buat mereka serta mendoakan agar Aliff dan Bella dapat menemui titik perdamaian bersama.

Saya percaya setiap orang akan ada ujian hidup masing-masing. Tetapi apabila berlaku perkara begini, saya sebagai sahabat percaya ujian yang diberikan ini tanda Allah sayang dia.

 

Keluarga Bella dan Aliff ketika ini sedang diuji. Tugas kita orang lain mendoakan untuk mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ( ألف عزيز ) (@iamaliffaziz)

Terdahulu, Aliff Aziz mendakwa isterinya, Bella Astillah telah curang dengan pelakon Muaz Zabir ketika dirinya sedang bertanding dalam program ASGV pada tahun 2023.

aliff aziz
8 months ago

"Mungkin Orang Tak Pernah Nampak.." - Nabil Ahmad Dedah Sisi Baik Aliff Aziz, Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...