”Mereka Perlu Seorang Ayah, Ada Tangan Kejam Pisahkan” – ‘Upload’ Gambar Cucu Di IG Story, Ibu Syamsul Yusof Maksudkan Siapa?

Trending

”Mereka Perlu Seorang Ayah, Ada Tangan Kejam Pisahkan” – ‘Upload’ Gambar Cucu Di IG Story, Ibu Syamsul Yusof Maksudkan Siapa?

Khabar angin tentang pengarah terkenal, Syamsul Yusof telah bernikah secara senyap dengan orang ketiga yang dikaitkan dengan rumah tangganya, Ira Kazar menjadi bualan hangat netizen.

Sehingga kini, Syamsul masih mengunci mulut daripada memberikan apa-apa komen kepada wartawan dan pihak media berhubung hal tersebut.

Advertisement

Bagaimanapun, status dimuat naik ibu Syamsul, Datin Fatimah Ismail di Instagram story juga menjadi tanda tanya apabila dia seolah-olah menujukan kenyataan itu terhadap seseorang.

Status itu dimuat naik berlatar belakangkan gambar Puteri Sarah Liyana bersama dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah berpakaian serba putih.

Mereka perlukan sokongan seorang ayah namun ada tangan kejam yang memisahkan.”

Terdahulu, Fatimah turut memuat naik foto di Instagram dan memberikan bayangan seolah-olah tidak merestui hubungan anaknya bersama orang ketiga, jika benar mereka sudah bernikah.

Menerusi hantaran tersebut, ramai warganet memberikan komen masing-masing berkenaan khabar angin tersebut dan bertanya sama ada ia benar.

Dalam pada itu, ramai turut mendoakan agar kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah dapat diselesaikan dan hubungan mereka kembali terjalin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Tular Khabar Angin Sudah Bernikah Senyap-Senyap Dengan Ira Kazar, Ibu Syamsul Yusof Komen - "Restu Ibu Bapa Itu Penting..."

..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...