Sebelum ini, isu kekurangan atau krisi pekerja di dalam bidang Food And Beverage (FnB) menjadi pedebatan orang ramai di media sosial.
Difahamkan, keadaan ini secara tidak langsung telah menjejaskan produktiviti restoran makanan dan menyebakan pelanggan terpaksa menunggu lama sekaligus mencentuskan kemarahan pelanggan.
Namun, baru-baru ini tular pula hantaran oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Hazwan Hafiz yang tampil berkongsi kesusahan yang dialami pekerja FnB.
Menurutnya, dia telah duduk sambil memerhati selama 4 jam di sebuah restoran makanan segera di Penang Sentral dan mendapati mereka hanya mempunyai dua orang pekerja dan seorang pengurus.
Orang beratur tak berhenti-henti sampai ke luar. Bila tanya adik tu “adik ok ke?” Bercucuran jatuh air mata dia.
Melihat sendiri keadaan yang dialami pekerja tersebut, Hazwan meluahkan rasa hormat terhadap mereka yang masih bertahan dalam bidang FnB.
Nak hadap karenah pelanggan, berlari ke sana kesini, stress nak hadap order Grab/Foodpanda.
Jelasnya, sebagai seorang pelanggan sememangnya kita akan berasa marah kerana terpaska beratur lama untuk mendapatkan makanan, lebih-lebih lagi pelanggan yang membayar cukai.
Namun, Hazwan meminta orang ramai untuk cuba mempertimbangkan sifat kemanusiaan sesama manusia dan memahami perasaan yang dilalui oleh pekerja-pekerja FnB.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.