Pada petang Selasa, penyanyi Datuk Aishah yang merupakan pemenang Gegar Vaganza musim keempat (GV4) telah datang ke kediaman penaja hadiah, Datuk Seri Mohd Amir untuk menuntut hadiah sebidang tanah lot yang telah dijanjikan sempena hadiah menjadi juara program realiti itu.
Namun, apabila tiba, Aishah bersama pihak polis, peguam serta orang yang hendak membeli rumah tersebut mendapati rumah Datuk Amir dan anaknya kosong tanpa penghuni. Tujuan penyanyi ini ke sana adalah bagi menyita dan melelong rumah tersebut.
Mereka nak lari ke mana sangat.
Jangan ingat mereka lari kami tak boleh nak cari.
Bukan itu sahaja, menurutnya dia tidak risau kerana mereka tidak boleh lari jauh memandangkan penaja hadiah itu telah pun muflis. Isteri bersama anaknya juga telah di blacklist dan tak dibenarkan keluar dari negara.
Dengan itu, Aishah bertindak untuk ke mahkamah semula dan saman Amir kerana telah melanggar perintah mahkamah.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.