“Mereka Merayu Cepatkan Hukuman” – Pegawai Penjara Kongsi Pengalaman Laksanakan Hukuman Sebat Di Penjara

Kehidupan

“Mereka Merayu Cepatkan Hukuman” – Pegawai Penjara Kongsi Pengalaman Laksanakan Hukuman Sebat Di Penjara

Satu perkongsian di TikTok mungkin dapat membuka mata masyarakat mengenai hukuman terhadap pesalah undang-undang yang agak mengerikan iaitu hukuman sebatan.

Menerusi video ini, seorang pegawai penjara ada berkongsi pengalamannya melaksanakan hukuman sebat terhadap pesalah di penjara.

Advertisement

Kongsi pegawai itu, kebanyakan pesalah akan tidak sedarkan diri dalam tempoh yang singkat.

Banduan tak sedarkan diri sekejap tapi tak perlu risau sebab kat situ kita ada doktor dan hakim yang menjatuhkan hukuman sebab dia sesuai untuk disebat.

Tambahnya lagi, banduan yang berumur 40 tahun ke atas akan mengambil masa yang sedikit lama untuk sembuh berbanding mereka yang berusia 40 tahun ke bawah.

Hukuman sebatSumber : Utusan  

Hukuman tersebut menurut pegawai berkenaan akan dilaksanakan dalam tempoh sebulan hingga ke dua bulan sebelum pesalah berkenaan tamat menjalani hukuman penjara.

“Mereka (banduan) akan merayu untuk sebat secepat mungkin sebab nak balik” ujarnya.

Malah, hukuman mengerikan itu turut dilaksanakan terhadap pelaku juvana dan juga banduan wanita, kecuali mereka yang berumur 50 tahun ke atas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita Indonesia
7 months ago

(VIDEO) "Saya Tidak Menemukan Masjid" - Wanita Indonesia Ini Dikecam Kerana Dakwa Tak Dengar Azan Solat Di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...