“Mereka Memang Dah Aim”- Orang Malaysia Jadi ‘Mata-Mata’ Isewel? Nadzmi Adhwa Dedah Keluarga Diancam & Sedang Diperhatikan

Trending

“Mereka Memang Dah Aim”- Orang Malaysia Jadi ‘Mata-Mata’ Isewel? Nadzmi Adhwa Dedah Keluarga Diancam &  Sedang Diperhatikan

Sedia maklum, biarpun pelakon dan aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Ardell Aryana bertubuh kecil tetapi semangatnya demi menghantar bantuan untuk penduduk di Gaza sememangnya sangat dikagumi ramai.

Malah, dia antara yang teruk dizalami oleh tentera Israel sewaktu menjadi tahanan hingga mengakibatkan wajah lebam akibat ditumbuk, tisu bahu koyak serta muntah-muntah.

Advertisement

Pergerakan keluarga Ardell sedang diperhatikan

Perkongsian suami iaitu Nadzmi Adhwa mengenai perkembangan terkini, difahamkan kini pergerakan keluarga mereka sedang diperhatikan atas niat yang tidak baik hingga membuatkan mereka terpaksa berlindung di bawah pelbagai jagaan pihak autoriti tempatan termasuk, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Nadzmi adhwa

Dalam pada itu, pelakon itu turut meluahlan rasa geram susulan isterinya dilayan dengan penuh kekerasan, bahkan mengetahui tentera Israel bukan hanya menggunakan buku lima untuk menumbuk, Ardell turut diheret serta rambutnya ditarik dengan cukup teruk.

Kenapa isteri aku melawan? Memanglah dia melawan. Bini aku kental. Mestilah dia lawan bila orang kata apa-apa pasal keluarga. Mereka memang dah aim. Mereka kenal Ardell, suami & anak-anak.

Orang Malaysia ‘khianat’ & ‘tali barut’?

Ardell Aryana di Turki

Bukan hanya itu yang membuatkan Nadzmi kesal, tetapi wujudnya orang Malaysia yang didakwa telah menerima duit daripada pihak tertentu.

Difahamkan, penerimaan duit itu mempunyai elemen ‘khianat’ atau ‘tali barut’ di sebalik situasi yang sedang dihadapi ketika ini.

Nadzmi Adhwa bengang Israel tumbuk Ardell
2025-10-06 07:18:06

"Tumbuk Muka Bini Aku? Memang Si*l Kau" - Nadzmi Adhwa Bengang Ardell Dilayan Kejam Oleh Isra*l

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...