“Mereka Mat* Dalam Keadaan Berhutang PTPTN, Bukan Orang Beriman” – Cikgu Fadli Gesa KPM Siasat Guru Biadab Hina Kematian Pelajar UPSI

Trending

“Mereka Mat* Dalam Keadaan Berhutang PTPTN, Bukan Orang Beriman” – Cikgu Fadli Gesa KPM Siasat Guru Biadab Hina Kematian Pelajar UPSI

Pempengaruh dan aktivis sosial Pertubuhan Kebajikan Dana Kita, Cikgu Mohd Fadli Salleh menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyiasat tindakan seorang guru yang didakwa menghina kematian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam tragedi kemalangan baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Fadli menyifatkan kenyataan guru tersebut sebagai tidak sensitif dan keterlaluan.

Advertisement

Aku malas nak viralkan orang bodoh ni. Tapi kali ni pengecualian, sebab mamat ni seorang cikgu!
Kementerian Pendidikan Malaysia tolong siasat sikit mental cikgu ni. Parah benar dah merapu meraban.

Beliau turut meminta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, agar menghantar pegawai penyiasat untuk menyiasat latar belakang guru berkenaan.

YBM Fadhlina Sidek boleh hantar pegawai kot siasat cikgu ni. Kat wall dia merapu meraban sekali.
Kepada keluarga arwah, buat report Sispa sahaja. Tak tahu macam mana dia mengajar di sekolah kalau gini perangainya.

Dalam hantaran susulan, Fadli memaklumkan bahawa guru terbabit mengakui dirinya menghidap penyakit mental.

Cikgu ni ada sakit mental. Sepatutnya dia dan orang terdekat patut bawa dia berubat dan terima rawatan. Rehat dulu dari jadi cikgu.

Fadli menegaskan pentingnya guru tersebut direhatkan serta diberikan rawatan sewajarnya, bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku di sekolah.

Jangan bila dah berlaku perkara tak diingini claim ada kad mental, padahal boleh cegah awal lagi. Ambil cuti tanpa gaji tu. Atau ambil pilihan bersara medical board.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

caprice
1 day ago

"Bela Dulu Biar 'Ranum', Baru Boleh 'Makan'" - Menjijikkan! Group FB 'Target' Budak Sekolah, Bapa & Suami Orang Antara Pengikut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...