“Mereka Masih Berkawan” – Tya Ariffin Buka Mulut Mengenai Spekulasi Aazief Khalid Dan Amelia Handerson Bercinta

Hiburan

“Mereka Masih Berkawan” – Tya Ariffin Buka Mulut Mengenai Spekulasi Aazief Khalid Dan Amelia Handerson Bercinta

Usahawan selebriti, Tya Ariffin memberi respon mengenai spekulasi yang mengatakan adik iparnya, Aazief Khalid kini sedang berhubungan mesra bersama pelakon Amelia Handerson.

Gosip itu difahamkan timbul apabila Amelia dan Aazief kelihatan duduk bersama dalam sebuah acara hiburan dipercayai konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza di Genting Highland baru-baru ini.

Advertisement

Ujar Tya, memang benar adik iparnya itu sedang berkawan dengan pelakon jelita itu namun enggan memberikan kenyataan berlebihan mengenai situasi itu.

Perkara itu tengah hangat dan menjadi gosip ketika ini. Melihat dari mata saya sendiri, mereka (Aazief dan Amelia) masih berkawan.

Tetapi kalau nak tahu lebih lanjut, mungkin boleh tanya tuan badan sendiri.

Terdahulu, pelakon Amelia Handerson memaklumkan dia kini berstatus solo setelah dikatakan sudah tidak lagi sehaluan dengan aktor Aedy Ashraf. Menurut Amelia, hubungan mereka renggang kerana faktor kekangan masa dan kesibukan kerja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

amelia henderson dan aazief
4 months ago

"Sesuai Sangat!" - Duduk Bersebelahan, Netizen Gembira Lihat Amelia Henderson Bersama Dengan Anak Datuk K?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...