Pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman difahamkan berlainan dengan pasangan yang lain, di mana mereka memilih untuk menjalinkan kasih sayang selepas sah bergelar suami isteri.
Bercinta selepas bernikah
Melalui temubual bersama pihak Melodi, pengurus Fattah iaitu Sakirin Aca berkata pasangan tersebut tidak melalui fasa pertunangan, malah tidak terlalu menonjolkan hubungan percintaan.
Ingin bersikap lebih matang, aktor itu mahu menjalinkan cinta bersama bakal isterinya selepas terlafaznya akad pada 14 September ini.
Dia dah banyak lalui fasa-fasa terendah dan dia selalu cakap, ‘siapa pun yang hadir dalam hidup kita ini bukanlah satu bala atau sebagainya tetapi ia adalah pengajaran untuk kita belajar menjadi yang lebih baik.’
14 September hadiah Amira untuk Fattah
Dalam pada masa yang sama, Aca memaklumkan tarikh pernikahan 14 September itu dipilih oleh Amira sendiri dan ia merupakan simbolik hadiah untuk aktor terbabit.
14 September adalah hari lahir Fattah. Sebenarnya, Amira yang memilih tarikh itu sebagai hadiah untuk Fattah.
View this post on Instagram