“Mereka Kena Cari Saya Di Padang Mahsyar..” – Amira Othman

Hiburan

“Mereka Kena Cari Saya Di Padang Mahsyar..” – Amira Othman

Penyanyi Amira Othman menegaskan dirinya tidak mengambil hati dengan kritikan serta komen negatif yang dilemparkan segelintir netizen terhadap dirinya di media sosial.

Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 32, berkata perkara itu sudah menjadi asam garam dalam dunia hiburan kerana pasti akan ada pihak yang menyukai seseorang selebriti dan sebaliknya.

Advertisement

“Jangan sedih, mereka (netizen) kena cari saya di padang mahsyar nanti lagi jenuh. Adat lah, mesti ada yang suka dan mesti ada yang tidak suka.”

“Saya abaikan sahaja, tenang-tenang sahaja. Tidak memberi sebarang kesan pun. Ignorance is bliss.”

Amira mengulas perkara itu sebagai respon kepada seorang pengguna media sosial yang meluahkan rasa sedih melihat kecaman dan kata-kata negatif yang diterimanya daripada wargamaya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-17 11:53:23

"Player JDT, Dari Atas Bawah Barang Branded Tapi Dok Kata Tak Mampu.." - Rita Rudaini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...