“Mereka Kata Saya Tak Layak, Dipilih Sebab Penampilan..” – Teruk Dikecam Bawa Watak Radwa, Qasrina Karim Akui Terkesan

Hiburan

“Mereka Kata Saya Tak Layak, Dipilih Sebab Penampilan..” – Teruk Dikecam Bawa Watak Radwa, Qasrina Karim Akui Terkesan

Pelakon jelita, Qasrina Karim mengakui komen negatif yang diterima dek watak Husniya Radwa dalam drama Thariq Ridzuwan: His Treasure memberi impak terhadap pretasi lakonannya.

Terkesan dengan kritikan daripada netizen

Difahamkan, Qasrina mula merasakan tekanan semasa awal penggambaran apabila komen-komen kritikan mula membanjiri ruangan komen di platform media sosialnya.

Advertisement

Saya terlalu tertekan fikir apa orang akan cakap, terlalu ‘overthink’ sampai saya rasa ia benar-benar memberi kesan kepada saya dan juga lakonan.

Namun, aktres itu berkata pengarah drama tersebut serta hero gandingannya, Meerqeen banyak memberi nasihat dengan menyuruhnya untuk tidak membaca kritikan daripada warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Terpaksa sekat akaun, sentuh fizikal dan serangan peribadi

Sewaktu ditanya tentang kritikan yang diterima, Qasrina berkata dirinya terpaksa menyekat beberapa akaun media sosial susulan tidak tahan dengan komen-komen negatif yang ditulis, lagi-lagi yang menjurus kepada serangan peribadi.

Ada yang kata saya hanya dipilih membawa watak Radwa kerana penampilan. Sebab saya pendek dan ada lesung pipit, sesuai dengan karakter dalam novel itu. Mereka kata saya tak layak berdasarkan bakat,

Namun begitu, dia sempat meluahkan rasa syukur kerana semakin hampir dengan penghujung untuk drama ini, ramai yang mula menerima serta memahami karakter Radwa dengan lebih baik.

merqeen dan qasrina
2025-09-11 12:43:59

Digosipkan Bercinta, Qasrina Karim Selesa Berlakon Dengan Meerqeen - "Saya Tak Terbeban Dikaitkan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...