Mereka Ingin Lihat Saya Jatuh Tersungkur Malam Itu, Dan Dalam Industri – Neelofa

Mereka Ingin Lihat Saya Jatuh Tersungkur Malam Itu, Dan Dalam Industri – Neelofa

Kejadian Neelofa hampir terjatuh ketika persembahan sketsa dengan Zul Ariffin di malam Anugerah Meletop Era 2018 mendapat perhatian ramai. Boleh dikatakan jika Zul tidak ada di situ pada masa itu, Neelofa mungkin tiada siapa untuk berpaut dan akan jatuh tersungkur.

Walaupun ada yang merasa teruja dengan kejadian itu terutamanya peminat-peminat yang sudah tidak sabar menantikan tayangan drama gandingan mereka berdua Ti Amo, Sweetheart 100 Hari, ada juga yang agak sadis menyatakan mereka berharap Zul tiada di situ dan Neelofa tidak diselamatkan sesiapa supaya Neelofa jatuh tersungkur pada malam itu.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Sinar Harian Online melaporkan, Neelofa sedar dengan komen sebegitu dan berkata mereka bukan sahaja mahu melihat dia tersungkur pada malam itu, malah mereka mahu melihatnya jatuh tersungkur dalam industri.

Saya rasa mereka bukan nak lihat saya jatuh tersungkur sahaja, tapi ‘jatuh’ dalam erti kata lain iaitu jatuh dalam industri.

Namun ia tidak jadi kenyataan dan mungkin sebab itu mereka rasa lebih tak puas hati.

Neelofa juga tidak mempedulikan beberapa komen/tweets yang mempersenda pakaian yang dikenakannya untuk mengacara malam itu.

Dan bukan senang sebenarnya pereka fesyen nak dapatkan idea untuk reka pakaian yang in dengan fesyen masa kini.

Tapi bagi saya apa yang paling penting saya berpuas hati dengan pakaian yang saya pakai dan apa yang orang hendak cakap terpulanglah.

Neelofa telah menang beberapa kategori Anugerah Meletop 2018 yang merupakan anugerah yang diberikan atas majoriti undi peminat yang diterima. – beautifulnara.com

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...