“Mereka Hero Yang Sebenarnya..” Aman Ra Buat Video Penghargaan Kepada Pekerja Penghantar Makanan

Hiburan

“Mereka Hero Yang Sebenarnya..” Aman Ra Buat Video Penghargaan Kepada Pekerja Penghantar Makanan

Penyanyi rap Aman Ra yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi rumah tangga kembali mencuri perhatian peminat apabila tampil dengan video penghargaan berkonsepkan ‘Spoken Words’ yang ditujukan khas buat pekerja penghantar makanan di luar sana.

Ternyata, video tersebut telah berjaya menyentuh hati rakyat Malaysia dan menurut Aman atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin berkata bahawa golongan tersebut adalah sebenarnya barisan hadapan yang perlu dihargai sebaik-baiknya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Aman RA (@amanracom)

Ujar Aman lagi, dia secara peribadi mengucapkan terima kasih dan bersyukur dengan perjuangan yang ditunjukkan mereka ini.

View this post on Instagram

A post shared by Aman RA (@amanracom)

“Spoken Words’ adalah satu bentuk penghargaan buat mereka (penghantar makanan). Pada pendapat saya, mereka hero sebenarnya, barisan hadapan kita. Mereka satu daripada komponen penting dalam barisan hadapan kita. Mereka yang menghantar barangan makanan dan keperluan kita.”

Penyanyi lagu Bangun itu sebelum ini telah memuat naik video kompilasi klip penghantar makanan tersebut di media sosial termasuklah Instagram dan TikTok.

View this post on Instagram

A post shared by Aman RA (@amanracom)

Terdahulu, media tempatan sering melaporkan kemalangan melibatkan golongan penghantar makanan yang semakin hari semakin membimbangkan. Ekonomi yang semakin terjejas telah membuatkan rakyat melakukan kerja sampingan dan berjuang untuk meneruskan kelangsungan hidup dari hari ke hari.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...