“Mereka Hanya Keluar Bagi Ayam Makan..”, Kes COVID-19 Semakin Meningkat, Marsha Sentiasa Ambil Tahu Keadaan Keluarga Di Sabah

Hiburan

“Mereka Hanya Keluar Bagi Ayam Makan..”, Kes COVID-19 Semakin Meningkat, Marsha Sentiasa Ambil Tahu Keadaan Keluarga Di Sabah

Setelah hampir lapan bulan tidak dapat pulang ke kampung untuk menjenguk keluarga, penyanyi Marsha Milan Londoh turut meluahkan rasa bimbang dengan keadaaan ibu bapa serta adib beradik yang berada di Tamparuli, Sabah.

Namun begitu, menurut Marsha,35, dia sentiasa menghubungi ibu bapanya untuk mengetahui keadaan semasa mereka di sana.

Advertisement

Ibu bapa Marsha yang kini tinggal bersama sepupunya di rumah sering dinasihatinya supaya untuk terus berada di rumah dan mengurangkan sebarang bentuk kontak fizikal dengan orang ramai.

View this post on Instagram

That look when you need to face reality soon. Dang.. . . #hellohellobymarshamilan

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on

“Alhamdullilah, keluarga semua okay. Lagipun di kampung cuma ada ibu, ayah dan sepupu sahaja yang tinggal di rumah. Jadi kami sebagai anak selalu nasihat ibu bapa. Biasalah mereka dah biasa buat kerja di luar, pergi ladang dan sebagainya. Buat masa ni, mereka hanya keluar untuk beri makan ayam saja,”

Tambah penyanyi lagu Bimbang ini, sejak pandemik COVID-19 ini melanda negara Malaysia, dia masih belum berpeluang untuk pulang ke kampung halaman bertemu keluarga.

View this post on Instagram

Aku pun tidak faham apa tu UNTIL TOMORROW until today… so nahhhh zaman kulit semanis warna kurma! #untiltomorrow

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on

Jika sebelum ini Marsha turut mempunyai perancangan untuk balik sempena kempen mengundi tempoh hari, tapi disebabkan kekangan kerja niat tersebut terpaksa dibatalkan.

Terdahulu, Sabah kini sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 26 Oktober  berikutan negeri tersebut mencatatkan kes tertinggi sepanjang ianya dicatatkan.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...