Setelah hampir lapan bulan tidak dapat pulang ke kampung untuk menjenguk keluarga, penyanyi Marsha Milan Londoh turut meluahkan rasa bimbang dengan keadaaan ibu bapa serta adib beradik yang berada di Tamparuli, Sabah.
Namun begitu, menurut Marsha,35, dia sentiasa menghubungi ibu bapanya untuk mengetahui keadaan semasa mereka di sana.
Ibu bapa Marsha yang kini tinggal bersama sepupunya di rumah sering dinasihatinya supaya untuk terus berada di rumah dan mengurangkan sebarang bentuk kontak fizikal dengan orang ramai.
View this post on InstagramThat look when you need to face reality soon. Dang.. . . #hellohellobymarshamilan
“Alhamdullilah, keluarga semua okay. Lagipun di kampung cuma ada ibu, ayah dan sepupu sahaja yang tinggal di rumah. Jadi kami sebagai anak selalu nasihat ibu bapa. Biasalah mereka dah biasa buat kerja di luar, pergi ladang dan sebagainya. Buat masa ni, mereka hanya keluar untuk beri makan ayam saja,”
Tambah penyanyi lagu Bimbang ini, sejak pandemik COVID-19 ini melanda negara Malaysia, dia masih belum berpeluang untuk pulang ke kampung halaman bertemu keluarga.
View this post on Instagram
Jika sebelum ini Marsha turut mempunyai perancangan untuk balik sempena kempen mengundi tempoh hari, tapi disebabkan kekangan kerja niat tersebut terpaksa dibatalkan.
Terdahulu, Sabah kini sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 26 Oktober berikutan negeri tersebut mencatatkan kes tertinggi sepanjang ianya dicatatkan.
Sumber : Astro Gempak