Petikan ayat dikongsikan pelakon hebat, Nabila Huda di akaun Instagram telah mendapat perhatian dan membuatkan ramai sebak selepas dia berkongsi tentang perasaannya.
Menerusi hantaran itu, pelakon yang mesra dengan panggilan Abil tersebut bercakap tentang permasalahan atau isu berhubung kisah lalunya yang tidak seindah disangkakan.
Mereka gelar saya ‘anak perempuan yang marah’ tetapi saya juga anak perempuan yang terpaksa lap air matanya sendiri dan teruskan hidup seperti semuanya baik-baik sahaja. Saya anak perempuan yang tak bercerita tentang apa yang saya lalui kerana tidak mahu orang lain risau tentang saya. Saya berdiam diri dan pendam perasaan supaya tiada yang nampak saya sedang bergelut.
View this post on Instagram
Satu lagi petikan ayat yang dikongsikan Abil juga memberi makna tentang seorang individu yang sangat terluka namun dia tidak akan sesekali menyakiti dan melukai orang lain seperti mana dia disakiti.
Abil juga turut berkongsi bahawa tiada seorang pun yang memohon maaf di atas perbuatan mereka terhadapnya sebaliknya hanya menyalahkan dirinya kerana menunjukkan kelakuan.
Hantaran tersebut menyentuh hati ramai termasuklah rakan-rakan selebriti yang rapat dengannya seperti Sherry Al Hadad, Nadiya Nisa dan Alicia Amin yang memberikannya kata-kata semangat.
Ruangan komen hantaran itu dipenuhi dengan komen-komen positif dan ramai menzahirkan rasa sayang ke atas Nabila serta individu lain yang turut melalui episod yang sama sepertinya dalam kehidupan.