“Mereka Dididik Tak Tinggal Solat” – Kes Tertikam Adik, Keluarga Tak Percaya Sebab Dua Beradik Rapat & Taat Agama

Trending

“Mereka Dididik Tak Tinggal Solat” – Kes Tertikam Adik, Keluarga Tak Percaya Sebab Dua Beradik Rapat & Taat Agama

Tular di internet sejak semalam tentang berita seorang remaja perempuan berusia 18 tahun tertikam adik lelakinya sehingga maut disebabkan berlaku pergaduhan.

Mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang akibat tertusuk pisau yang dibaling oleh kakaknya dalam kejadian di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh.

Advertisement

Menurut ibu mangsa, mangsa bergaduh dengan kakaknya itu kerana berebut kerusi tempat duduk dalam kereta ketika mereka pulang dari sekolah. Susulan itu, remaja berkenaan ditahan reman selama enam hari mulai hari ini sehingga 25 Oktober depan.

Remaja berkenaan dilaporkan mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dieprsendakan ketika masuk ke rumah dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ahli keluarga bagaimanapun bagaikan tidak percaya dengan insiden yang berlaku itu kerana menurut mereka dua beradik tersebut sangat rapat dan taat pada agama.

Jelasnya yang tidak mahu identiti didedahkan, kedua-duanya dididik untuk tidak meninggalkan solat dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang dalam keluarga yang saling menyayangi.

Kedua-dua beradik berkenaan adalah anak yang baik dan sangat bijak kerana sering mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan, selain menjadi harapan keluarga.”

Tambahnya lagi, mangsa merupakan bekas pelajar Maahad Pontian sebelum berpindah ke sebuah sekolah menengah di Gelang Patah di mana kakaknya juga adalah pelajar Tingkatan Enam di sekolah yang sama.

Difahamkan, kedua ibu bapa mereka tertekan dengan kejadian yang menimpa dan tidak keluar rumah sejak petang semalam apatah lagi insiden tragis itu tular di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

'Viral' Sebab Curang, Kali Ini Hanaf* 'Buat Taik' & 'Penjarakan' Bekas Isteri. Mahkamah Syariah Pun Berat Sebelah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...